My Add

Wednesday 17 July 2013

Polis masih buru suspek kes tembak guru

Oleh NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI

KOTA BHARU, SELASA, 16 Julai, 2013: Polis masih memburu suspek yang menembak mati seorang guru penolong kanan berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor, pada 9 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, polis telah mengumpul pelbagai maklumat tetapi belum dapat melakukan sebarang tangkapan.

"Namun kita tidak akan berhenti memburu suspek walaupun ke mana sahaja dia menyembunyikan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Hashim Mat Zain, 43, maut ditembak sebanyak tiga das dari jarak dekat ketika baru keluar selepas selesai bertugas di SK Beris Panchor kira-kira pukul 1.40 petang, dipercayai kerana masalah hutang.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Dosoh, Bachok sebelum ditembak seorang lelaki bermotosikal sebaik sahaja tiba di satu persimpangan kira-kira 50 meter dari pintu pagar sekolah itu.

Polis tidak menolak kemungkinan motif balas dendam di sebalik kejadian berkenaan dan berkemungkinan mangsa ditembak oleh penjenayah yang diupah oleh mereka yang tidak berpuas hati dengannya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment