My Add

Saturday 27 July 2013

Polis Mesir tembak mati 23 penyokong Morsi

KAHERAH, SABTU, 27 Julai, 2013: Polis Mesir menembak mati 23 penyokong Mohamed Morsi manakala beratus lagi cedera dalam satu tunjuk perasaan besar-besaran di Kaherah, awal pagi ini.

Pemimpin Ikhwan Muslimin, Murad Mohammed Ali, berkata polis bertindak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan pro-Morsi, namun agensi berita MENA melaporkan pegawai keselamatan tidak dapat mengenal pasti sebarang tembakan dari pihak polis.

Katanya, lebih 600 orang awam cedera dan tiada tindakan segera dari perkhidmatan kecemasan atau kementerian kesihatan.

Pertempuran tercetus awalpagi ini di sepanjang jalan raya ke lapangan terbang, dengan pihak polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment