My Add

Sunday 14 July 2013

Polis rampas daun ketum seberat 90 kilogram

TANAH MERAH, AHAD, 14 Julai, 2013: Polis Tanah Merah merampas sebanyak 1,355 bungkusan daun ketum seberat 90 kilogram yang cuba diseludup ke negara jiran melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Bunga di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan, Ab. Aziz Muhamed berkata, rampasan dibuat kira-kira pukul 8.50 pagi dan pihaknya turut menahan dua lelaki warga Thailand berusia 30-an untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, daun ketum berkenaan yang dibungkus kecil, ditemui dalam sebuah kereta Honda Civic menggunakan pendaftaran Thailand ketika melalui pemeriksaan pihak berkuasa di kompleks berkenaan.

Katanya, pemeriksaan anggota polis ke atas kenderaan itu telah menemui daun ketum berkenaan yang dibungkus kecil dan disembunyikan dalam bonet serta bahagian dalam kereta terbabit.

"Daun ketum itu kemudiannya telah dirampas, manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

"Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara empat tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment