My Add

Saturday 27 July 2013

Polis tahan pemandu kereta api nahas di Sepanyol

 * PERDANA Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy (kanan) dan Presiden Wilayah Galicia, Alberto Nunez Feijoo (dua dari kiri) melakukan lawatan ke lokasi nahas kereta api di Santiago de Compostela, semalam. Nahas yang dipercayai akibat kelajuan tinggi itu menyebabkan 78 terbunuh manakala 178 lagi cedera. Polis Sepanyol hari ini menahan pemandu kereta api terbabit untuk didakwa atas kecuaian jenayah sehingga menyebabkan tragedi berkenaan - Foto AFP
SANTIAGO DE COMPOSTELA, SABTU, 27 Julai, 2013 : Polis Sepanyol hari ini menahan pemandu kereta api yang dipercayai memandu laju sehingga tergelincir dari landasan yang mengakibatkan 78 orang terbunuh, Rabu lalu.

Pemandu berkenaan akan didakwa atas memandu secara cuai sehingga menyebabkan nahas yang dianggap tragedi di negara itu.

Turut terbunuh beberapa warga asing dan lebih 100 lagi cedera.

"Pemandu berusia 52 tahun itu berdepan beberapa tuduhan jenayah termasuk cuai ketika memandu kereta api sehingga menyebabkan nahas di bandar Santiago de Compostela," kata Ketua Polis Wilayah Galicia, Jaime Iglesias.

Kereta api itu dikatakan mencecah kelajuan dua kali ganda daripada kelajuan mengikut had laju yang ditetapkan menyebabkannya tergelincir dari landasan sebelum melanggar tembok konkrit dan terbakar. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment