My Add

Friday 19 July 2013

Presiden sementara ikrar lindungi Mesir

KAHERAH, JUMAAT, 19 Julai, 2013:: Dalam ucapan sulungnya, Presiden sementara Mesir, Adly Mansour berkata beliau akan melindungi negara itu daripada sebarang keganasan dan huru-hara.

Dalam ucapan yang dirakamkan dan disiarkan oleh stesen televisyen Mesir, Mansour berkata Mesir kini melalui tempoh yang amat mencabar dalam sejarah dengan ramai yang mahu negara itu terus dalam kancah huru-hara.

“Mereka mahu tempoh ini kepada keganasan dan kita mahu memperakukan konsep bahawa kita melindungi nyawa rakyat dan mempertahankan hak asasi manusia.

Mansour berkata, kerajaan pimpinannya komited untuk memperkukuhkan keselamatan dan kestabilan negara.

Ucapan Mansour itu susulan sehari selepas perhimpunan besar-besar yang dianjurkan penyokong Presiden Mohammed Morsi yang digulingkan tentera dua minggu lalu. - AP/BH

No comments:

Post a Comment