My Add

Sunday 14 July 2013

PRK Kuala Besut: BN akan kekalkan kemenangan

JERTIH, AHAD, 14 Julai, 203: Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kerana kawasan ini pernah melahirkan pemimpin tersohor seperti Tan Sri Dr Mohamad Yusof Nor dan Datuk Seri Idris Jusoh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata dakwaan pembangkang bahawa terdapat pertelagahan di antara Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Idris adalah tidak benar.

Katanya, ini kerana PRK di Galas, Kelantan membuktikan pelantikan pengarah PRK daripada kalangan pemimpin kawasan dan bahagian tidak menghalang kemenangan BN.

"Kita dapati ketika PRK di Galas, Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ketua UMNO Gua Musang dilantik sebagai Pengarah PRK berbanding Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed" katanya selepas perjumpaan dengan warga kementerian di sini, sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment