My Add

Tuesday 23 July 2013

PRK Kuala Besut: Dewan ulama mahu Hadi pimpin negeri
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

BESUT, SELASA, 23 Julai, 2013: Dewan Ulama Pas mahu parti itu menerajui Terengganu dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali menduduki kerusi Menteri Besar jika pembangkang berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Setiausahanya, Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, Abdul Hadi layak diangkat semula ke jawatan yang pernah disandangnya pada tahun 1999 jika ditakdirkan Pas menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

"Beliau pernahh menjadi Menteri Besar, jadi apabila Pas berjaya dapat 16:16, kita lantik semula beliau menjadi Menteri Besar," katanya ketika berceramah di Kampung Tok Saboh di sini, malam tadi.

Jumaat lalu, Abdul Hadi dalam satu majlis ceramah membayangkan bahawa beliau tidak berminat untuk merebut jawatan Menteri Besar jika Pas berjaya memenangi PRK Rabu ini.

PRK yang pertama selepas PRU-13 diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon Pas, Endut @ Azlan Yusof.

Abdul Hadi mengulangi kenyataan Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa

bahawa Pas bersedia memberi laluan kepada BN untuk berkuasa di negeri ini walaupun jumlah kerusi sama banyak bagi memastikan pemerintahan dapat berjalan mengikut kehendak rakyat.

Beliau menjadi Menteri Besar selama satu penggal antara 1999 dan 2004 sebelum BN kembali merampas negeri itu pada PRU 2004. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment