My Add

Tuesday 23 July 2013

PRK Kuala Besut: Polis nasihat elak provokasi

Oleh SITI AIRUNISA ALAUI

 BESUT, SELASA, 23 Julai, 2013: Polis menasihatkan penyokong kedua-dua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi ke atas mana-mana pihak menjelang hari mengundi esok.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapha berharap suasana tenang sepanjang tempoh berkempen dapat terus dikekalkan meskipun sebelum ini pelbagai pihak membayangkan suasana agak panas.

Beliau berkata, penyokong parti tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang perarakan berhampiran pusat pembuangan undi kerana boleh menggugat ketenteraman dan kelancaran proses pengundian.

"Kita percaya penduduk tempatan tidak bertindak demikian namun yang membimbangkan penyokong dari luar yang aggresif untuk meraih undi sehingga mencetuskan kekecohan,'' katanya pada sidang media di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment