My Add

Thursday 18 July 2013

Rakan kumpulan pecah mesin ATM ditahan

Oleh MALINDA ABDUL MALIK

PULAU PINANG, RABU, 17 Julai, 2013: Seorang remaja berusia 14 tahun ditahan polis awal pagi ini kerana terlibat dalam kes pecah mesin minuman automatik secara aktif di sekitar kawasan Sungai Dua di sini.

Penahanan tersebut hasil soal siasat suspek dua beradik yang ditahan semalam selepas cuba memecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) buat kali kedua di Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagaimanapun remaja berkenaan tidak terlibat dalam kes cubaan memecah dua mesin ATM di USM.

Remaja yang ditahan kira-kira pukul 2.30 pagi di sebuah pangsapuri berdekatan USM itu turut mengaku pernah memecah masuk beberapa bilik pensyarah di universiti berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, ketiga-tiga suspek mengaku duit yang mereka perolehi hasil mencuri digunakan untuk belanja harian.

"Kita juga percaya wang tersebut untuk membeli dadah kerana dua daripada mereka didapati positif mengambil morfin," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Polis turut merampas sebatang besi jenis kuku kambing yang digunakan suspek untuk melakukan jenayah.

Kesemua mereka kini ditahan reman sehingga 24 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 379/511 kerana cubaan mencuri wang ATM. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment