My Add

Saturday 27 July 2013

Ratu cantik: Jangan buat spekulasi - Pengarah Jawi

KUALA LUMPUR, SABTU, 27 Julai, 2013: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tindakan yang akan diambil pihaknya ke atas empat finalis Miss Malaysia World 2013.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, dakwaan mengatakan beliau berkemungkinan akan membenarkan empat finalis beragama Islam itu menyertai pertandingan tersebut adalah tidak benar.

"Setakat ini kita sedang menjalankan siasatan terperinci dan menimbangkan tindakan yang sesuai diambil terhadap mereka.

"Dakwaan saya berkemungkinan membenarkan (penyertaan mereka) tidak tepat sama sekali.

"Perkara itu timbul berkemungkinan sewaktu pertemuan dengan penganjur pertandingan itu, Datuk Anna Lim saya tersenyum ketika menerima kehadiran dan berbincang dengan mereka," katanya kepada pemberita sebelum majlis Kembara Dakwah Ramadan oleh Kelab 300 Kilometer/jam (KMJ) di Masjid Wilayah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment