My Add

Saturday 27 July 2013

Ratu cantik: Jawi tentukan tindakan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 26 Julai, 2013: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menentukan tindakan terhadap empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam, selewat-lewatnya minggu hadapan.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya masih mengadakan siasatan terperinci dan akan mengadakan perbincangan tentang tindakan yang sesuai diambil terhadap mereka.

"Kami sedang membuat penelitian dari setiap sudut termasuklah permohonan maaf salah seorang finalis sebelum membenarkan pihak pendakwaan dan penguatkuasaan memutuskan tindakan yang akan diambil terhadap empat finalis itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, finalis terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Selain itu mereka juga bakal berdepan tindakan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

Dalam pada itu, Che Mat turut menjelaskan, terdapat kekeliruan berhubung status sebenar penyertaan mereka dan siasatan yang sedang dijalankan.

"Saya ingin menegaskan bahawa fatwa berkaitan agama Islam yang dibuat berdasarkan undang-undang tidak boleh dicabar dan hendaklah diikuti oleh semua umat Islam di negara ini," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment