My Add

Wednesday 17 July 2013

RM200,000 bantuan sempena Ramadan di Melaka
ALOR GAJAH , RABU, 17 Julai, 2013: Kerajaan negeri Melaka memperuntukkan kira-kira RM200,400 untuk 2,004 golongan kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Idris Haron berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM27,300 diperuntukkan kepada penerima di kawasan Parlimen Alor Gajah; Masjid Tanah (RM26,400); Tangga Batu (RM46,700); Bukit Katil (RM31,200); Kota Melaka (RM27,000) dan Jasin (31,800).

"Penerimanya terdiri daripada fakir miskin, anak yatim, orang kelainan upaya, balu anggota polis serta mereka yang tersenarai di Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya pada majlis pemberian sumbangan Ramadan bagi kawasan Parlimen Alor Gajah di Masjid Ar-Rasyidin di sini.

Seramai 273 orang menerima RM100 setiap seorang.

Idris berkata, seramai 350 orang daripada kaum lain turut menerima sumbangan Ramadan di negeri ini.

Selain itu, beliau berkata Yayasan Pembangunan Iktisad Islam Malaysia memperuntukkan sejumlah RM123,300 untuk 1,233 ibu tunggal. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment