My Add

Wednesday 17 July 2013

RM250 juta dalamkan muara Sungai Besut - TPM

 * MUHYIDDIN Yassin (kiri) melihat pelan pembangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembangunan sekolah itu, di Kuala Besut, Besut, Terengganu hari ini. - UTUSAN
BESUT, SELASA, 16 Julai, 2013:Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM250 juta bagi melaksanakan projek mendalamkan muara Sungai Besut yang cetek.

Projek yang dijangka dapat bertahan dalam tempoh yang panjang dijangka dapat mengakhiri masalah berulang yang dihadapi para nelayan dan juga bot pelancong untuk keluar masuk dari jeti tersebut.

Berucap pada majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Menengah Alor Peroi, Kuala Besut dekat sini petang ini, Muhyiddin berkata, usaha mendalamkan muara selama ini sudah beberapa kali dilakukan tetapi untuk jangka masa pendek. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment