My Add

Thursday 18 July 2013

Rumah bekas Ahli Parlimen Gelang Patah dirompak

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Bekas Anggota Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng mengalami kerugian kira-kira RM15,000 apabila rumahnya di Taman Sri Lalang, Kota Tinggi dirompak empat lelaki dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, para perompak melarikan tiga komputer riba, dua jam tangan, tiga telefon bimbit serta wang tunai RM2,000 sebelum mereka melarikan diri dengan sebuah kereta.

Pihak polis sedang mengesan keempat-empat lelaki itu, katanya kepada Bernama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan.

Beliau berkata, ketika kejadian kira-kira 7 pagi itu, Tan yang menghidap kanser sedang tidur.

Beliau bagaimanapun tidak diapa-apakan.

"Keempat-empat lelaki yang bertopeng dan bersenjatakan parang itu dipercayai memanjat pintu pagar depan rumah itu sebelum memasuki ke dalam rumah dan mengikat suami Tan, dua orang anak mereka, adik iparnya serta seorang pembantu rumah.

"Kesemua mereka kemudiannya diarahkan masuk ke dalam sebuah bilik sebelum para perompak melarikan barang-barang tersebut," kata Mohd Nor. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment