My Add

Friday 12 July 2013

Saman Khalid Samad ditolak

Oleh MARZITA ABDULLAH

SHAH ALAM, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini gagal dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berhubung penyiaran gambar teknik tindih yang menunjukkan beliau seperti paderi Kristian.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Hashim Hamzah memutuskan menolak saman itu dan mengarahkan Khalid membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Hamidah.

Hashim dalam penghakimannya berkata, Khalid gagal membuktikan kes tersebut apabila beliau gagal mengemukakan dokumen asal yang didakwa sebagai artikel yang memfitnahnya.

Beliau berkata, Khalid juga telah mengemukakan suatu dokumen yang tidak dikeluarkan daripada laman web yang asal.

Khalid menyaman Hamidah pada 23 Disember 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar Khalid yang disiarkan melalui blognya pada Januari 2010.

Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid sebagai plaintif mendakwa, gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment