My Add

Thursday 11 July 2013

Sarung telefon Kafa tiruan bernilai RM84,000 dirampas

Oleh ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU, RABU, 10 Julai, 2013: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas 2,200 unit sarung telefon pelbagai jenis yang menggunakan jenama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tiruan bernilai RM84,000 di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Timbalan Pengarah KPDNKK, Ab. Ghani Harun berkata, serbuan pukul 12.30 tengah hari itu dilakukan hasil aduan daripada wakil sah pemegang jenama tersebut.

"Ini rampasan barangan tiruan terbesar yang dilakukan PPDNKK tahun ini dan melibatkan pembekal sarung telefon terbesar di negeri ini.

"Saya percaya mereka yang terlibat merupakan pembekal yang bertanggungjawab mengagihkan barangan tersebut di merata tempat terutamanya di pasar malam di sekitar daerah ini," katanya ketika ditemui selepas operasi itu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment