My Add

Friday 12 July 2013

Satu lawan satu di Kuala Besut

 * CALON BN, Tengku ZAIHAN Che Ku Abdul Rahman (kanan) melambaikan tangan sambil diperhatikan calon Pas, Endot @ Azlan Yusof pada penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kuala Besut di Dewan Serbaguna, Kompleks Rakan Muda Daerah Besut hari ini. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM
KUALA BESUT, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan calon Pas, Endot @ Azlan Yusof.

Menurut pegawai pengurus PRK N01 DUN Kuala Besut, A. Rahim Jusoh, Endot telah mengemukakan borang penamaan calon pada pukul 9.03 pagi sebelum diikuti oleh Tengku Zaihan tujuh minit kemudian.

Katanya, tiada calon yang ditolak penamaannya sehingga waktu penamaan ditutup kira-kira pukul 10 pagi tadi di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut di sini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment