My Add

Tuesday 23 July 2013

Segera dakwa rakyat tempatan dalang insiden Lahad Datu

KUALA LUMPUR, SELASA, 23 Julai, 2013: Kerajaan digesa bertindak segera mendakwa rakyat tempatan yang disyaki menjadi dalang kepada pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Kadzim M. Yahya berkata, tindakan itu perlu dilakukan demi memberi keadilan kepada anggota-anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan tercedera ketika mempertahankankedaulatan negara.

"Saya meminta kerajaan mempercepatkan siasatan secara telus ke atas dalang-dalang dalam negara yang terlibat dengan pencerobohan itu. Mereka mestilah didakwa.

"Inilah satu cara kerajaan memberi penghormatan kepada pasukan keselamatan yang terlibat di Lahad Datu di mana jasa dan bakti mereka telah diperlekehkan oleh beberapa pemimpin pembangkang," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.

Pada 26 April lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan, kerajaan mempunyai bukti penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Sabah. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment