My Add

Tuesday 16 July 2013

Seludup mercun waktu berbuka puasa

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
 
* SHAHIDAN Ladin (kanan) membuka sebahagian mercun dan bunga api yang dirampas semalam dari sebuah kereta ketika sekatan pada waktu berbuka puasa di sempadan Malaysia/Thailand, selepas sidang akhbar di Pejabat UPP Bukit Kayu Hitam hari ini. - UTUSAN

KUBANG PASU, SE;ASA, 16 Julai, 2013: Taktik dua lelaki yang menjadikan sekitar waktu berbuka puasa untuk menyeludup masuk pelbagai jenis mercun dan bunga api terbongkar selepas masing-masing ditahan sepasukan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam di sini malam tadi.

Kedua-dua suspek ditahan unit berkenaan dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 1.3 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah menghala ke Changlun kira-kira pukul 8 malam.

Komander UPP Bukit Kayu Hitam, Asisten Supritendan Shahidan Ladin berkata, pemeriksaan ke atas kereta jenis Naza Suria dipandu suspek berusia 29 tahun menemukan pelbagai bahan larangan itu yang dianggarkan bernilai RM500 disembunyikan di bawah tempat letak kaki penumpang belakang. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment