My Add

Friday 19 July 2013

Seorang maut, 7 hilang bot terbalik dipukul ombak

 * SEBAHAGIAN penumpang yang berjaya diselamatkan dalam kejadian bot yang membawa 35 penumpang warga Indonesia terbalik dipukul ombak besar, di bawa ke jeti Tanjung Sedili semalam. - Foto Ihsan APMM
JOHOR BAHRU, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Seorang maut manakala tujuh lagi masih hilang selepas bot yang membawa 35 orang penumpang untuk keluar dari perairan negara ini terbalik akibat dipukul ombak di perairan Tanjung Sedili Besar, Kota Tinggi awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, 27 mangsa berjaya diselamatkan sebuah kapal tangki, MT Octaden yang melalui kawasan tersebut sebelum kapten kapal menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk mendapatkan bantuan.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mustapa Kamal Abas berkata, penumpang yang meninggal dunia ialah seorang wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun yang tidak sedarkan diri ketika diselamatkan.

Katanya, wanita warga Indonesia itu disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Jeti Tanjung Sedili. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment