My Add

Tuesday 23 July 2013

Shafie Apdal tempelak pembangkang dakwa BN hanya pandai berjanji

BESUT, ISNIN, 22 Julai, 2013: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menempelak pembangkang yang mengatakan Barisan Nasional (BN) hanya pandai berjanji namun tidak menunaikannya.

Dakwaan itu merujuk kepada projek mendalam dan membina benteng pemecah ombak yang dianggarkan bernilai RM250 juta.

Menurut Shafie, projek tersebut tidak boleh dibina dalam masa yang singkat sebaliknya akan mengambil masa.

"Takkan kita baru umum ia dah nak berdiri? Ia (projek itu) mengambil masa. Tapi bila mereka (pembangkang) berjanji nak buat lebuh raya, sampai la (sekarang) ni pun tak buat-buat lagi.

"Hospital yang banyak kita bina kita janji..universiti kita bina. Yang itu dia (pembangkang) tidak tengok. Kita, kerajaan yang bertanggungjawab. Janji mesti ditepati," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis berbuka puasa dan penyampaian dividen RISDA bagi negeri Terengganu di Masjid Haji Hussain, Kampung Baharu di sini hari ini.

Jelas Mohd. Shafie yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, cakap-cakap pembangkang kebanyakannya tidak boleh dipakai kerana hanya cakap kosong.

"Negara kita sudah cukup membangun dengan apa yang telah diusahakan oleh kerajaan pimpinan BN," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment