My Add

Wednesday 24 July 2013

Siasatan menyeluruh dakwaan murid makan di bilik air: P Kamalanathan
  
KUALA LUMPUR, SELASA, 23 Julai, 2013: Timbalan Menteri Pelajaran, P Kamalanathan petang ini mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan mengenai tindakan sebuah sekolah di Sungai Buloh yang mengarahkan murid bukan Islam makan di kawasan bilik air ketika Ramadan.

Beliau berkata demikian selepas mendapat aduan daripada Pengerusi Biro MIC, P Punithan bahawa murid bukan Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Prestina, Sungai Buloh diarahkan makan di kawasan bilik air.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan pihak kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap guru besar sekolah berkenaan jika perkara itu benar,” katanya.

Kamalanathan berkata, pihaknya sudah mengarahkan tempat makan sementara itu dialihkan ke kawasan lain.

“Jika kantin sedang diubah suai sekali pun, kantin sementara harus ditempatkan di lokasi yang lebih selesa dan elok, bukannya di dalam tandas,” katanya menerusi Twitternya.

Terdahulu, gambar murid sedang makan di kawasan tandas tersebar luas di laman sosial selepas ia dimuat naik malam tadi.

Kejadian itu dipercayai berpunca apabila pihak pengurusan sekolah mengarahkan murid bukan Islam makan di sana berikutan bulan puasa. - BH

No comments:

Post a Comment