My Add

Friday 12 July 2013

Siew Kiong kemukakan rayuan

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Disiplin MCA minggu depan ekoran keputusan parti itu yang menggantung keahliannya selama tiga tahun kerana menerima jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor.

Siew Kiong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan negeri berkata, beliau menerima surat rasmi tentang penggantungan itu Selasa lalu dan diberi 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

Beliau berkata, rayuan tersebut akan dibuat berdasarkan beberapa sebab, antaranya pelantikannya sebagai Exco merupakan atas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan bukannya berdasarkan sebarang pencalonan daripada MCA.

"Sekali lagi saya ulangi bahawa pelantikan saya sebagai Exco tidak mendapat sebarang pencalonan daripada parti dan telah nyata pelantikan saya adalah atas titah Tuanku Sultan," katanya selepas merasmikan Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Johor 2013 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment