My Add

Thursday 18 July 2013

Sime Darby bincang pemilikan konsesi dengan Indonesia

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Sime Darby Plantation bersetuju berbincang dengan pihak berkuasa Indonesia mengenai pemilikan konsesi di negara itu dan penyertaan penduduk tempatan dalam sebahagian tanah miliknya.

Sime Darby Berhad dalam kenyataan di sini hari ini berkata, Sime Darby Plantation mengadakan beberapa perbincangan dalaman dengan pihak berkepentingan mengenai masalah berulang berkaitan kaedah pembersihan tanah secara tradisional di republik itu.

"Sime Darby Plantation mengakui bahawa perbincangan semasa ialah mengenai tanggungjawab ke atas tanah dan kebertanggungjawaban terhadap aktiviti yang berlaku di dalamnya," menurut kenyataan itu.

Syarikat itu juga terlibat dalam perbincangan bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengenai isu yang dihadapi dengan tujuan untuk menyediakan segala bentuk bantuan kepada pihak berkuasa dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Sime Darby Plantation akan mengekalkan sempadan semasa dalam kawasan operasinya dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan mendidik masyarakat setempat mengenai amalan pertanian mampan.

"Sime Darby Plantation bersedia untuk berbincang dengan pihak berkuasa Indonesia dalam mencari penyelesaian saksama kepada masalah ini," menurut kenyataan itu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment