My Add

Tuesday 16 July 2013

SKMM ambil bukti pasangan hina Ramadan

 
KUALA LUMPUR, ISNIN,  15 Julai, 2013: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini merakam kenyataan Tan Jye Yee, 25 dan Vivian Lee, 24, pasangan yang mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (gambar) berkata, SKMM juga diarah menjadikan video mohon maaf pasangan tersebut yang dimuat naik dalam YouTube sebagai bukti siasatan terhadap tindakan mereka yang mencetuskan kemarahan banyak pihak.

“SKMM hanya boleh melakukan siasatan. Rakaman kenyataan pasangan tersebut pagi ini adalah untuk mengenal pasti dan membantu proses siasatan pihak berkuasa tetapi dakwaan hanya akan diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara berdasarkan bukti-bukti yang ada.

“Pihak polis telah menerima aduan. Siasatan akan dilakukan tetapi terpulang kepada pihak pendakwa raya untuk membuat keputusan terhadap kedua-dua pasangan itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment