My Add

Thursday 11 July 2013

SPRM perlu anjur kursus, taklimat SOP dalaman

KUALA LUMPUR, RABU, 10 Julai, 2013: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan kursus serta taklimat sebelum melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dalaman kepada seluruh agensi kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah tersebut perlu berikutan ketidakfahaman dalam kalangan penjawat awam terhadap SOP dalaman itu akan hanya mengurangkan keberkesanan terhadap pelaksanaannya.

"Seringkali apabila dasar baharu diwujudkan, maklum balas daripada penjawat awam tidak memberangsangkan kerana mereka kurang jelas tentang kewujudannya.

"Pihak kami juga yakin cadangan ini berupaya memperkasa dan memelihara integriti sektor awam di negara ini, cuma pelan untuk membangunkan dasar baharu ini perlu dipertimbangkan secara terperinci," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam SPRM melalui Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed mahu agensi kerajaan menetapkan SOP dalaman bagi mewajibkan pegawai yang ditawar rasuah melaporkan perkara berkenaan atau dikenakan tindakan tatatertib.

Prosedur tersebut bakal dilaksanakan untuk mewajibkan pegawai yang ditawar rasuah melaporkan perkara berkenaan atau dikenakan tindakan tata tertib jika gagal berbuat demikian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment