My Add

Monday 15 July 2013

Suruhanjaya Eropah iktiraf kerangka audit Malaysia

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Julai, 2013: Suruhanjaya Eropah mengiktiraf kerangka audit Malaysia sebagai setara dengan amalan terbaik dan amalan antarabangsa, memandangkan peraturannya mengenai pemantauan awam, jaminan kualiti, siasatan dan sistem penalti bagi juruaudit dan audit adalah setaraf dengan amalan mereka.

Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit (AOB), Nik Hasyudeen Yusoff, berkata pengiktirafan ini merupakan perakuan positif bagi badan pemantauan itu.

"Dengan pengiktirafan itu, firma-firma audit Malaysia boleh memberikan perkhidmatan audit kepada syarikat-syarikat dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) tanpa peraturan tambahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Hasyudeen berkata, kini pengawal selia audit AOB dan EU boleh memuktamadkan perjanjian kerjasama untuk bergantung kepada usaha satu sama lain mengenai penyeliaan juruaudit dan firma-firma audit. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment