My Add

Wednesday 17 July 2013

Suspek menyamar pegawai tinggi kerajaan diburu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

JOHOR BAHRU, SELASA, 16 Julai, 2013: Polis memburu seorang suspek yang bertanggungjawab memperdaya empat orang mangsa untuk menyerahkan wang mereka dengan menyamar sebagai pegawai tinggi kerajaan

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, sehingga kini pihaknya menerima sebanyak empat laporan berhubung kejadian itu yang dipercayai dilakukan individu yang sama.

"Berdasarkan laporan yang dibuat 4 Julai lalu, mangsa memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai tinggi agensi penguat kuasa kerajaan Johor untuk mendapatkan sumbangan dana kelab dan rumah kebajikan.

"Suspek kemudian menghantar wakil untuk berjumpa mangsa sebelum mangsa menyerahkan wang berjumlah RM62,000. Mangsa kemudian membuat laporan polis selepas merasakan dirinya tertipu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment