My Add

Thursday 11 July 2013

Suspek pengebom maraton Boston tak mengaku salah

BOSTON, KHAMIS, 11 Julai, 203: Suspek pengebom maraton Boston, Dzhokhar Tsarnaev hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan serangan pada April lalu yang boleh membawa hukuman mati.

Remaja berusia 19 tahun itu tampil kali pertama di Mahkamah Persekutuan Amerika di Boston dengan kedua tangan bergari serta memakai pakaian berwarga oren.

“Tidak bersalah," kata Tsarnaev dari enik Islam Chechen yang mendapat kerakyatan Amerika itu berulang kali apabila 30 tuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah padat dengan keluarga mangsa letupan bom yang meledak ketika garis penamat larian Maraton Boston.

Turut mendapat liputan adalah wartawan dan beberapa orang yang mengakui rakan kepada Tsarnaev.

Tsarnaev dituduh melakukan merancang dan melakukan serangan itu yang mengobankan tiga orang dan lebih260 sedera. 

Sebanyak 17 daripada tuduhan yang dihadapinya itu boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment