My Add

Wednesday 17 July 2013

TA Global bangunkan SOFO di Sri Damansara

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Julai, 2013: Syarikat pemaju, TA Global Bhd. (TA Global) memperkenalkan projek pejabat kecil pejabat fleksibel (SOFO) yang dinamakan Ativa SOFO di Bandar Sri Damansara dekat sini.

Pengenalan SOFO sejajar dengan trend yang semakin meningkat di kalangan profesional muda pada waktu ini.

Nilai pembangunan kasar bagi projek tersebut adalah RM390 juta dan dibangunkan dalam kawasan pembangunan bercampur seluas 19.2 hektar.

Ta Global dalam kenyataan di sini menyatakan, Ativo SOFO meliputi 970 unit kediaman pegangan bebas dalam dua buah menara.

"Binaan SOFO sekitar 500 kaki persegi sehingga 750 kaki persegi. Unit-unit SOFO sangat ideal untuk orientasi gaya hidup profesional muda yang mahukan keseimbangan kehidupan,’’ kata kenyataan tersebut.

Ciri-ciri yang terdapat dalam Ativo SOFO adalah mempunyai tujuh ekar taman bandar dengan akses ke kolam renang infiniti dan kemudahan komersial selain menawarkan tempat kediaman.

Pengarah TA Global Bhd., Datin Alicia Tiah berkata, pihaknya yakin bahawa Ativo SOFO dapat menarik perhatian golongan muda yang amat mementingkan ruang tersendiri selain kualiti kediaman dan pejabat yang moden dan diidamkan.

Katanya, TA Global sengaja mereka bentuk persekitaran yang kondusif di tempat kerja dan kediaman. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment