My Add

Friday 19 July 2013

Tambang teksi dikaji semula

 * NAJIB Tun Razak mendengar penerangan daripada Lukman Ibrahim mengenai Teksi 1Malaysia (TEKS1M) Proton Exora selepas melancarkan majlis penyampaian 500 lesen teksi individu terakhir di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Syed Hamid Albar. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji semula kadar tambang teksi dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, langkah itu perlu antara lain berikutan peningkatan kos operasi yang perlu ditanggung pemandu teksi.

"Saya difahamkan SPAD ketika ini sedang mengkaji semula kadar tambang teksi, dengan mengambil kira kos operasi (pemandu teksi).

"Saya berharap agar pemandu teksi tidak lagi mempunyai taraf hidup yang rendah sebaliknya berupaya memiliki kualiti hidup yang lebih baik," katanya di ibu pejabat SPAD di KL Sentral pada majlis penyerahan 500 lesen teksi individu kepada pemandu teksi di sini hari ini.

Pada sidang akhbar kemudian, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kajian semula kadar tambang itu kini hampir di peringkat akhir dan agensi itu berharap dapat membentangkannya kepada kerajaan menjelang akhir tahun.

"Kami juga akan mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung kajian tambang. Kami ingin mewujudkan keseimbangan antara membayar bagi perkhidmatan yang baik dan kebajikan pemandu teksi," kata Syed Hamid dan menambah kali terakhir kajian semula itu dibuat adalah pada tahun 2009.

Kadar semasa flag-off bagi teksi bajet di Malaysia adalah RM3, dengan bayaran 10 sen dikenakan pada setiap 100 meter berikutnya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment