My Add

Monday 22 July 2013

Tebang balak, korek pasir punca Sungai Kelantan cetek

KOTA BAHARU, ISNIN, 22 Julai, 2013: Kegiatan penebangan balak dan mengorek pasir yang berterusan di Sungai Kelantan dikenal pasti sebagai punca utama sungai berkenaan cetek dan berlaku mendapan sehingga menyukarkan kerja pengaliran air ke sawah padi di negeri ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih merisaukan ia telah memberikan impak pengeluaran padi yang semakin merosot setiap tahun, sekali gus merugikan petani.

"Ini bukan sesuatu yang direka bagi memburukkan kerajaan Kelantan dan jika kerajaan negeri itu tidak bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menanganinya, masalah ini tidak akan selesai dan rakyat Kelantan terus menjadi mangsa.

"Saya telah diberi taklimat setiap tahun kita mengorek lumpur di hadapan rumah pam membabitkan beratus lori dan saya minta kerajaan negeri perlu bersama-sama untuk bantu rakyatnya sendiri dan jangan harap kerajaan Persekutuan sahaja untuk melakukannya," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pertanian dan berbuka puasa di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sini, petang semalam. - BERNAMAN

No comments:

Post a Comment