My Add

Friday 26 July 2013

Tiada kawasan catat IPU tak sihat hari ini

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 26 Julai, 2013: Tiada kawasan mencatat kualiti udara tidak sihat setakat 9 pagi ini, semua kawasan yang dipantau di seluruh negara, merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik atau sederhana.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 19 kawasan mencatat bacaan IPU baik dan 33 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana.

Antara kawasan yang berada pada paras baik ialah Alor Setar, Kedah (42); Jerantut, Pahang (43); Kangar, Perlis (45), Tawau, Sabah (33) dan Paka, Terengganu (40).

Kawasan yang mencatat bacaan sederhana termasuk Cheras (62), Pelabuhan Klang (65), Perai di Pulai Pinang (69), Seri Manjung Perak (74) dan Bukit Rambai, Melaka (72).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment