My Add

Sunday 14 July 2013

Tiada kerajaan di dunia macam Malaysia’

KUALA LUMPUR, SABTU, 13 Julai, 2013: Kesediaan kerajaan melalui RISDA memperuntukkan dividen berjumlah RM193.5 juta kepada peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan peserta Tanam Semula Komersial (TSK) menunjukkan tiada kerajaan seumpamanya di dunia yang berupaya berbuat demikian.

Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Zainal Abidin Osman berkata, walaupun harga getah jatuh, kerajaan masih mampu memberi dividen termasuk peruntukan `one off' RM500 baru-baru ini kepada pekebun kecil, sekali gus membuktikan wujud pengurusan kewangan dan tadbir urus yang baik.

"Justeru, saya melihat keprihatinan kerajaan melalui komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memang benar-benar prihatin kepada rakyat khususnya pekebun kecil," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Zainal Abidin juga menyifatkan pelancaran GeMPeK oleh Perdana Menteri sebagai tepat dan kena pada masanya.

"Ia satu program yang baik sebab kita kena remajakan pekebun kecil. Ini memandangkan purata umur pekebun kecil negara kini dalam lingkungan 55 tahun.

"Kalau tiada usaha diambil, kelak industri getah dan sawit kita pasti malap tidak lama lagi," kata beliau.

Beliau juga berharap generasi muda dapat melihat kerjaya dalam bidang getah dan sawit sebagai sesuatu yang boleh dikomersialkan, apatah lagi menerusi peruntukan RM10 juta oleh Perdana Menteri kepada RISDA di Pekan hari ini bagi melaksanakan GeMPeK. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment