My Add

Friday 12 July 2013

TPM solat Jumaat di Kuala Besut

 * MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan bapa kepada Colan BN, Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah (kanan) selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut hari ini. Turut kelihatan, calon BN, Tengku Zaihan dan Ahmad Said. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR
KUALA BESUT, JUMAAT, 12 Julai, 2013- Tan Sri Muhyiddin Yassin singgah menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jamhuriah Kuala Besut di sini selepas mengiringi calon Barisan Nasional (BN) ke pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang lengkap memakai baju Melayu kuning cair tiba di masjid pada 1.05 tengah hari dan disambut oleh anggota jawatankuasa masjid berkenaan.

Beliau kemudian menunaikan solat sunat sebelum mendengar khutbah Jumaat dan seterusnya menyertai lebih 500 jemaah menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Jalaludin Shafie, imam yang dibawa khas dari Narathiwat, Thailand untuk solat sunat tarawih.

Selepas solat, Muhyiddin meluangkan masa berbual-bual dengan anggota jawatankuasa masjid serta beberapa jemaah.

Muhyiddin, yang juga Pengarah Pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil itu, kemudian bersalaman dengan jemaah serta kanak-kanak sebelum meninggalkan perkarangan masjid.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; dan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment