My Add

Monday 15 July 2013

TPM terima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Julai, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat dari Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Kunjungan selama setengah jam itu adalah kunjungan sulung selepas Raja Mohamed Affandi dilantik sebagai Panglima Tentera Darat menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkuatkuasa semalam.

Sementara itu, Raja Mohamed Affandi ketika ditemui media berkata, memastikan kesiapsiagaan angkatan tentera darat berada di tahap yang paling tinggi menjadi misi utama beliau sebaik saja menerajui Tentera Darat.

"Yang penting memastikan kesatuan dalam tentera kerana semua anggota tentera umpama bidak dalam permainan catur yang membentuk piramid untuk mempertahankan barisan.

"Selain itu mempertingkatkan profesionalisme anggota ATM juga menjadi antara misi saya," katanya.

Beliau berkata, ATM juga akan terus memperkukuh hubungan antara tentera dengan orang awam melalui program-program dan kaedah sedia ada dan dalam masa yang sama akan mencari kaedah baru untuk terus memastikan hubungan tentera dengan awam dipertingkatkan dari semasa ke semasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment