My Add

Thursday 18 July 2013

Tudung papar gambar wanita separuh bogel

 * MOHD. Fared Abdul Ghani (kiri) bersama ahli PPIM Kelantan menunjukkan tudung yang dihiasi gambar lucah tertera tulisan Playboy di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU, RABU, 17 Julai , 2013: Penghinaan terhadap agama Islam dilihat semakin menjadi-jadi berikutan penemuan sehelai tudung memaparkan gambar wanita separuh bogel dan tertera tulisan Playboy yang dijual di sebuah kedai di bandar ini.

Tudung berwarna kelabu dan hitam berharga RM10 itu dibeli oleh seorang lelaki yang enggan dikenali selepas menjumpai tudung berkenaan dalam longgokan tudung-tudung lain yang dijual di kedai tersebut.

Atas dasar tanggungjawab, lelaki terbabit terus membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan kira-kira pukul 10 pagi di sini hari ini.

Ketua aktivis PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani ketika ditemui berkata, penjualan tudung itu telah mencemarkan maruah dan imej Islam di negara ini.

"Saya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas dan memberi hukuman keras ke atas pihak yang bertanggungjawab menjual tudung berkenaan kerana satu penghinaan yang sangat melampau.

"Tudung merupakan imej kesucian agama Islam kepada golongan wanita, jika dihiasi gambar lucah, boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini," katanya.

Tambahnya, kemarahan umat Islam di negara ini belum reda dengan tindakan melampau pasangan Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee , 24, yang mempersendakan bulan Ramadan di laman sosial Facebook. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment