My Add

Sunday 28 July 2013

Tukang masak dibelasah terima lima jahitan

Oleh MALINDA ABDUL MALIK

PULAU PINANG, AHAD, 28 Julai, 2013: Seorang tukang masak terpaksa menerima lima jahitan di leher selain retak pipi kiri akibat dibelasah sekumpulan lelaki di gelanggang bola keranjang Jalan Hutton di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Boo Khai Kung, 52, dikatakan berada di situ dalam keadaan mabuk.

Tiba-tiba tiga lelaki menggunakan topi keledar dan senjata tajam dipercayai sabit menyerang mangsa walaupun tukang masak itu merayu supaya tidak dicederakan.

Difahamkan, ketika kejadian beberapa orang lelaki bersama mangsa di gelanggang tersebut turut berada dalam pengaruh alkohol.

Mangsa dikatakan tidak mengenali suspek yang menyerangnya termasuk punca dia diserang.

Dia kini berada dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment