My Add

Saturday 27 July 2013

Tunjuk perasaan pro Morsi akan ditamatkan ikut undang-undang

 * GAMBAR dari udara oleh helikopter tentera menunjukkan suasana tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, di Kaherah, yang membantah tindakan tentera menggulingkan presiden, Mohamed Morsi, awal hari ini. Tunjuk perasaan besar-besaran itu turut diadakan di kota besar lain selepas pihak berkuasa dilaporkan akan mendakwa Morsi yang kini dalam tahanan atas tuduhan konspirasi dengan Kumpulan Hamas di Palestin. - Foto AFP
KAHERAH, SABTU, 27 Julai, 2013: Tunjuk perasaan yang berpanjangan oleh penyokong presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi akan ditamatkan mengikut kerangka undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri Mesir, Mohammed Ibrahim, awal hari ini.

Dalam wawancara menerusi telefon oleh stesen televisyen Al-Hayat, beliau ditanya mengenai keadaan tunjukan perasaan di Dataran Rabaa al-Adawiya.

Lebih 10,000 penyokong Morsi 'berkampung' di dataran itu sejak tentera menggulingkan presiden berkenaan 23 Julai lalu, yang mahu menuntut agar Morsi dikekalkan.

Ditanya sama ada polis atau tentera merancang untuk membubarkan tunjuk perasaan itu, beliau berkata penduduk setempat di kawasan itu membuat aduan mengenainya namun belum ada sebarang keputusan dibuat pihak pendakwaan.

"Namun ia akan ditamatkan mengikut kerangka dalam perundungan," katanya.

Semalam, ratusan ribu penyokong dan anti Morsi mengadakan tunjuk perasaan di jalanan di beberapa bandar raya dan pekan di seluruh Mesir.

Sekurang-kurangnya tujuh dilaporkan terbunuh apabila kedua-dua pihak bertempur di bandar Mediterranean, Alexandria. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment