My Add

Thursday 18 July 2013

Turun padang asas kekuatan Barisan Nasional

 * KHAIRY Jamaluddin beramah mesra dengan Ibrahim Mohamad selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Tengah, Kuala Besut, Terengganu, semalam. - UTUSAN/IRWAN MAJID
BESUT, RABU, 17 Julai, 2013: Pendekatan turun padang dan bertemu pengundi secara bersemuka adalah asas kepada kekuatan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kelebihan yang dimiliki BN itu lebih ketara terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar seperti di Kuala Besut.

"Kelebihan pembangkang pula jika ada isu berbangkit tetapi apa pun, saya nampak kelebihan tetap berpihak kepada kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan ke beberapa buah rumah pengundi warga emas dan uzur di sekitar Pusat Daerah Mengundi (PDM) Seberang Barat, di sini hari ini.

Selain beramah mesra bersama para pengundi, beliau yang ditemani rombongan daripada Pergerakan Pemuda UMNO negeri serta Pemuda UMNO Bahagian Besut turut menyerahkan hamper berupa makanan kepada setiap rumah pengundi yang dilawati.

Dalam pada itu, Khairy turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa BN terlalu yakin dapat mempertahankan DUN Kuala Besut daripada jatuh ke tangan pembangkang pada PRK kali ini.

"Bagi saya, tak ada over-confident, kita tak anggap kawasan ini mudah atau senang menang dan kalau tak buat apa pun boleh menang.

"Tetapi seperti yang kita buat hari ini dengan turun padang dan hari-hari sebelumnya, kita melihat dari segi kelompok pemimpin-pemimpin besar parti, saya lihat pemimpin BN lebih banyak turun padang berbanding pemimpin pembangkang.

"Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang, menteri-menteri sendiri datang, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said datang, pengerusi-pengerusi lain dan saya sendiri selaku Ketua Pemuda juga turun. Jadi, kalau kita 'over-confident' atau ambil mudah, pastinya tidak ada siapa akan datang," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment