My Add

Monday 15 July 2013

UMNO guna pesawat kawalan jauh

 * SEBAHAGIAN ahli Kelab Sukan Udara Besut mengibarkan bendera BN dan UMNO menggunakan pesawat kawalan jauh sempena Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut di Besut, Terengganu, kelmarin.
BESUT, AHAD, 14 Julai, 2013: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang masuk hari ketiga hari ini mula menyaksikan pelbagai usaha dilakukan oleh jentera parti bertanding untuk menarik tumpuan masyarakat setempat terutama pengundi, di samping memeriahkan suasana.

Bendera dan pelbagai bentuk lambang parti yang makin banyak kelihatan ketika siri majlis penerangan secara kecil-kecilan dijalankan.

Semalam, ahli Kelab Sukan Udara Besut (KSUB) yang mahir mengendalikan model kapal terbang menggunakan alat kawalan jauh mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO di angkasa sebagai tanda sokongan kepada parti itu.

Beberapa ahli kelab itu menerbangkan pesawat kapal terbang kawalan jauh yang membawa bendera BN dan UMNO berhampiran Dataran Kuala Besut dekat sini.

Pengerusinya, Razali Hassan berkata, buat permulaan, sebanyak lima pesawat kawalan jauh milik ahli kelab itu menyertai kempen kibarkan bendera di satu kawasan lapang yang terdapat di situ.

Katanya, apa yang mereka lakukan merupakan sebahagian usaha untuk memeriahkan kempen PRK Kuala Besut yang sedang berlangsung, selain menarik minat penduduk kepada aktiviti rekreasi itu.

Menurutnya, kelab itu yang mempunyai 20 ahli merasa teruja untuk mengambil bahagian sempena PRK Kuala Besut kali ini dan cara demikian difikirkan lebih sesuai dan menyeronokkan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment