My Add

Wednesday 17 July 2013

Undang-undang baharu perlu menyamai EO - KPN

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Julai, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin undang-undang baharu yang akan dibentangkan Kementerian Dalam Negeri nanti menyamai Ordinan Darurat (EO) bagi membendung jenayah tembak-menembak yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ini termasuk perkara yang menyentuh keperluan saksi hadir dan memberi keterangan di mahkamah ketika pendakwaan dilakukan.

"Masalah utama kes tembak tidak dapat diselesaikan adalah kerana saksi takut untuk tampil bekerjasama sehingga gagal membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

"Saksi takut kerana bimbang akan menerima ancaman atau balas dendam oleh ahli kumpulan yang terlibat. Apabila saksi tidak mahu tampil ke depan, bagaimana mahu bawa kes ke mahkamah.

"Undang-undang yang ada sekarang memerlukan saksi memberi keterangan di mahkamah dan itu tentu sekali membuka peluang kepada penjenayah mengenal mereka.

"Oleh sebab itu kita memerlukan undang-undang yang menyamai EO yang boleh memberi kuasa untuk merakam keterangan saksi dan mereka tidak perlu hadir ke mahkamah," katanya ketika menerima kunjungan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) ke Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment