My Add

Wednesday 24 July 2013

'Undi calon BN untuk masa depan Kuala Besut'

 * CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menyediakan juadah untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga terdekat di rumah bapanya di Besut, semalam.
Tengku Zaihan bersemangat, mampu cetus idea baru

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Julai, 2013: Datuk Seri Najib Razak berharap pengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini keluar awal dan mengundi calon Barisan Nasional (BN) untuk masa depan Terengganu yang lebih berjaya.

“Insya-Allah, beliau (Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman) calon yang paling sesuai untuk kesejahteraan masa depan Kuala Besut. Undilah Ku Zaihan dan Barisan Nasional untuk masa depan Terengganu yang lebih berjaya,” kata Perdana Menteri di laman Facebook semalam.

Najib berkata, Tengku Zaihan adalah calon muda yang bersemangat dan mampu mencetuskan idea baru untuk memakmurkan kehidupan di Kuala Besut.

 “Sebagai anak jati Kuala Besut, calon BN itu tentu mahukan yang terbaik untuk kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berharap proses pengundian bagi pilihan raya kecil itu berjalan lancar, lebih-lebih lagi ia berlangsung dalam bulan Ramadan.

“Selaras kempen yang sedang rancak berjalan dan hari mengundi pada hari esok (hari ini), saya berharap agar semua pengundi DUN Kuala Besut dapat keluar menjalankan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin,” katanya. 

PRK Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Zaihan, 37, dan calon PAS, Endot @ Azlan Yusof, 48.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment