My Add

Wednesday 17 July 2013

Usah berlembut, ambil tindakan

 Mohamad Shukri
KOTA BHARU, SELASA, 16 Julai, 2013: Kerajaan digesa tidak lagi berlembut sebaliknya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam menerusi pelbagai cara.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, beliau yakin perbuatan itu merupakan agenda terancang pihak tertentu yang mahu merosakkan kedamaian yang dinikmati masyarakat majmuk di negara sejak sekian lama.

Katanya, kegagalan menghukum individu yang menghina agama Islam itu akan menyebabkan lebih banyak penghinaan dibuat selepas ini, sekali gus dikhuatiri menjadi pencetus kepada pergolakan antara kaum.

Tegas beliau, enakmen dan undang-undang sedia ada sepatutnya sudah cukup memberi pengajaran kepada individu tersebut dan penguatkuasaan perlu dilakukan secara tegas serta berterusan bermula sekarang.

"Kita tidak mahu perkara ini berlarutan kerana setiap agama mempunyai sensitiviti tertentu yang perlu dihormati. Kita sudah ada enakmen dan undang-undang, maka tuntutan itu perlu dilaksanakan," katanya.

Menurutnya, agama Islam perlu dihormati semua pihak kerana termaktub di dalam Perlembagaan sebagai agama rasmi yang turut memberi jaminan kepada kepentingan agama-agama lain.

Sehubungan itu, katanya, toleransi antara rakyat pelbagai kaum di negara ini dituntut termasuk dengan tidak mencampuri urusan yang menyentuh sensitiviti agama lain menerusi pelbagai cara.

"Akidah Islam atau hal mengenai agama lain tidak wajar disentuh melainkan hal-hal sosial dan muamalat yang mana kita boleh bertukar-tukar pandangan," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment