My Add

Friday 19 July 2013

Usul bawa Teck Meng ke jawatankuasa Parlimen ditolak

KUALA LUMPUR,KHAMIS, 18 Julai, 2013: Persidangan Dewan Rakyat menolak usul untuk membawa Liang Teck Meng (Gerakan-Simpang Renggam) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran kenyataannya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melalui undi belah bahagian dikelolakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sebanyak 107 Ahli Parlimen menentang usul berkenaan sementara 60 lagi mahukan usul tersebut diteruskan.

"Ini bermakna usul yang dibawa oleh Jelutong untuk merujuk Simpang Renggam

untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ditolak oleh majlis," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Usul tersebut dicadangkan Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) apabila Teck Meng dalam sidang Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu mendedahkan Anwar mempunyai 20 akaun di luar negara yang mencecah RM332, termasuk di Israel.

Teck Meng ketika diberikan peluang berhujah semasa perdebatan usul itu menegaskan pendedahan itu berkait rapat dengan soal keselamatan negara kerana terdapat petanda kuasa luar mahu mencampuri sistem politik Malaysia. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment