My Add

Monday 15 July 2013

Video mohon maaf Alvin, Vivian dijadikan bukti tindakan persenda Ramadan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Julai, 2013: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menjadikan video mohon maaf pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang dimuat naik dalam YouTube sebagai bukti siasatan terhadap tindakan mereka mempersenda bulan Ramadan yang menyentuh sensitiviti umat Islam baru-baru ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, pasangan itu telah hadir ke SKMM pagi ini bagi dirakam kenyataan untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

"Saya dimaklumkan oleh SKMM kedua-duanya telah hadir pagi ini. Setakat ini SKMM hanya boleh melakukan siasatan dan dakwaan hanya akan diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.

"Pihak polis juga telah menerima aduan. Siasatan akan dilakukan tetapi terpulang kepada pihak pendakwaraya untuk membuat keputusan terhadap pasangan itu,'' katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Johari memberitahu, kes yang melibatkan pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 298 Kanun Keseksaan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment