My Add

Friday 12 July 2013

Waran tangkap pemimpin Ikhwanul Muslimin

 * PENYOKONG bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi meneruskan tunjuk perasaan bagi menuntut tentera menyerahkan kembali kuasa kepada Morsi di Bandar Nasr, Kaherah, Mesir kelmarin.- AP
KAHERAH, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Pihak berkuasa Mesir pada Rabu mengeluarkan waran tangkap ke atas pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie berikutan keganasan yang membawa maut di sini.

Waran itu dilihat hanya menyemarakkan lagi kemarahan penyokong Ikhwanul Muslimin yang sebelum ini berang atas tindakan tentera menggulingkan Perdana Menteri Mesir, Mohammed Morsi.

Badie dan beberapa pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin dikendaki kerana disyaki mencetuskan keganasan di luar ibu pejabat Pengawal Republikan kerana menuntut kuasa Morsi dikembalikan.

"Morsi kini ditahan di lokasi selamat. Beliau tidak dikenakan apa-apa dakwaan sehingga ke hari ini," kata jurucakap Kementerian Luar Mesir, Badr Abdelatty.

Ribuan penyokong Morsi menyertai tunjuk perasaan di masjid Rabaa al-Adawiya di Bandar Nasr untuk menunaikan sembahyang jenazah. Mereka juga berikrar akan meneruskan bantahan sehinggalah Morsi kembali menjadi perdana menteri.

Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 53 orang maut dan 480 yang lain cedera dalam pertempuran pada Subuh Isnin lalu. Ia turut menafikan dakwaan Ikhwanul Muslimin bahawa ada wanita dan kanak-kanak yang terbunuh.

Waran itu juga akan menyukarkan lagi usaha pemangku perdana menteri, Hazem al-Beblawi untuk membentuk kebinet sementara pada minggu depan.

Bekas menteri kewangan berfahaman liberal itu dikatakan sedia untuk menawarkan jawatan menteri kepada Ikhwanul Muslimin, lapor agensi berita MENA.

"Rundingan sedang dijalankan dengan beberapa orang calon. Saya jangkakan kami dapat memuktamadkan pembentukan kabinet pada awal minggu depan," kata Beblawi.

Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah kenderaan seorang komander tentera. Serangan ala pengganas itu mengakibatkan seorang gadis terbunuh.

"Ini merupakan serangan terbaharu di Semenanjung Sinai yang menyasarkan anggota tentera dan polis, bertujuan untuk mencetuskan huru-hara di Mesir," jelas pihak tentera. - Agensi/KOSMO!

No comments:

Post a Comment