My Add

Tuesday 23 July 2013

Yamaha lancar kempen kurangkan kadar kemalangan

 * ABDUL Aziz Kaprawi (tengah) mencuba motosikal Yamaha LC 135 sambil diperhatikan oleh C.H Ng (kiri) pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha 2013 di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Julai, 2013: Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha 2013 dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang motosikal.

Pengarah Urusannya, C.H. Ng berkata, langkah itu diambil sebagai membantu para pemilik motosikal menunggang dengan selamat.

Jelasnya, aktiviti yang memasuki tahun ke-15 itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dengan menawarkan 15 poin khidmat pemeriksaan motosikal.

"Tema tahun ini adalah 'Minda Cekap, Perjalanan Selamat' yang membawa mesej seseorang penunggang motosikal perlu mempunyai sikap serta kemahiran yang baik ketika menunggang di jalan raya.

"Kepentingan memastikan motosikal berada dalam keadaan baik ditegaskan dalam kempen ini. Langkah tersebut walaupun nampak remeh, tetapi dapat menyelamatkan nyawa," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian kempen itu di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment