My Add

Monday 22 July 2013

Zahid Hamidi minta rakyat Sabah jangan khuatir

KOTA BHARU, ISMAIL, 22 Julai, 2013: Rakyat Sabah diminta tidak khuatir dengan khabar angin kononnya kumpulan pengganas Kiram akan masuk kembali ke negeri itu pada bulan depan untuk membalas dendam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya, pengedaran surat layang tersebut bertujuan menimbulkan kerisauan kepada penduduk Sabah, bukan hanya di Lahad Datu.

Beliau berkata, pihak keselamatan bagaimanapun akan menjalankan siasatan untuk mengetahui pihak yang bertanggungjawab menghantar surat itu.

Pada masa sama, Ahmad Zahid memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan negara termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), polis, polis marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa bersiap siaga pada tahap optimum bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Malah katanya, pasukan keselamatan negara sentiasa memantau setiap pergerakan daripada luar termasuk sebarang pergerakan dari pulau-pulau berhampiran Sabah.

Ini termasuk pemantauan oleh pasukan keselamatan negara di kawasan sekitar 1,400 kilometer di Pantai Timur Sabah.

"Insya-Allah segala pergerakan daripada luar akan terus dipantau, di samping kita telah menjalin kerjasama dengan pengawal pantai dan Tentera Laut Filipina," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment