My Add

Tuesday 6 August 2013

15 maut dalam kejadian tanah runtuh di selatan India

NEW DELHI, selasa, 06 Ogos, 2013: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh berpunca akibat hujan lebat yang turut menyebabkan lebih 100 penerbangan dibatalkan apabila sebuah lapangan terbang utama di Kerala, negeri selatan India ditutup, semalam.

Pegawai polis Kerala, Telma George berkata, beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berbukit di daerah Idukki, menyebabkan banyak rumah, bas dan kereta tertimbus.

“Operasi menyelamat masih dijalankan di kawasan Adimali, lokasi sebuah bas dan beberapa kereta terbalik di lebuh raya.

“Lebih banyak mangsa dijangka ditemui dan angka korban mungkin meningkat," katanya. - DPA/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment